Friday, September 09, 2011

Produk Cadbury Tidak Halal, Dibuat di Malaysia, Ada Cop Halal Jakim. Tetap Tidak Halal!

Tak kira apa pun yang orang kata, Cadbury tetap tak halal! Hatta seratus peratus tumbuhan sekalipun tak mungkin akan halal. Sebab ada email cakap tak halal, sebab ada website cakap tak halal.

Ini masalah orang Islam di Malaysia. Terlalu banyak membaca tapi kurang Ilmunya, jadi tak boleh berfikir. Seketul kena ketuk, seketul tu lah dia bawak. Tak boleh kiri, tak boleh kanan. Mesti betul!

Masalah coklat Cadbury ni jadi haram adalah kerana kandungan yang dilabel E476 dan E471. Kandungan ini dikatakan adalah berpunca dari haiwan, confirm babi. Mesti babi punyalah! Jadi kebanyakkan produk coklat yang ada dua jenis kod ini dalam kandungan, terus di cop haram. Ada jugak yang terus menjaja produk dengan kod E ni, mengandungi lemak babi jadi kod E ni adalah kod untuk lemak babi.

Apa yang orang Islam Malaysia tak tahu adalah, kod E tu bukan kod untuk lemak babi. Lemak babi takde kod. Kandungan yang berkod E476 tu adalah Polyglycerol polyricinoleate (PGPR) . PGPR ni adalah sejenis emulsifier, dan ianya adalah bahan lipophilic atau bahan larut minyak. Bahan ini boleh diperbuat daripada tumbuhan atau haiwan.

Bagi produk Cadbury bagi pasaran di Malaysia, JAKIM mengesahkan produk tersebut adalah Halal. Ini bermakna PGPR yg digunakan adalah produk berasaskan tumbuhan.

Kemudian timbul masalah, kandungan yang dilabel E471. Bahan yang dilabel E471 tu adalah lecithin, lecithin boleh diekstrak dari tumbuhan dan haiwan. Bagi kes Cadbury, lecithin yang digunakan adalah Soy Lecithin, iaitu kacang soya.

Bahan yang dilabel dengan E471 dan E476 boleh jadi halal dan boleh jadi haram. Ini bergantung kepada sumbar bahan tersebut, bagi produk yang mengandungi kod tersebut dan tanpa logo Halal Jakim elok sangat la dielakkan.

Tapi bagi produk yang telah disahkan halal oleh Jakim, bermakna sumber bahan tersebut adalah halal. Tak perlu ragu-ragu.

12 comments:

Anonymous said...

tinggalkan perkARA YANG kamu was-waskan diatas itu adalah lebih elok

NUR FATIN ATIQAH MUSTAFA KAMAL said...

Yes That Is Right kita kena nyakin dengan JAKIM..

Anonymous said...

Jazakillahu khayr for your write up and explanation. Ana dibagitahu yg cadbury chocolate hazelnut haram walaupun ada chop Halal jakim. Merry go round again. 24/5/14

amirul Pg said...

Sekejap halal ...sekejap haram...inilah yg diceritakan akhir zaman..yg halal diharamkan..dan yg haram dihalalkan. Tak rugi pun kalau tak makan.

Anonymous said...

dah KKM sahkan haram,sah2 la haram. tak yah la makan,susah sgat ka. lama2 gelap hati

ibrahim alpasiri said...

Tinggalkan yg syubhah

Miswa Lesmara said...

Betul tu.tinggalkan yang meragukan

Anonymous said...

mana ada halam, lu tgk baik2 la

Anonymous said...

Makan babi rakyat tak mati...tapi kalau KERAjaan xdpt atau kurang collect cukai rayat boleh mati... mana cukup duit nak agih...kroni kena diutamakan...

Anonymous said...

Dulu dia rembat duit zakat, skang dia declare babi halal dimakan...

Penjejak Sufie said...

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
رواه البخاري ومسلم.


Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Abdullah said...

Persoalannya ialah, sekiranya bahan yg menghasilkan E476 dan E471 adalah dari sumber haiwan atau lebih jelas dari babi, apakah JAKIM mengesahkannya sebagai halal dengan mengguna pakai fatwa Dr. Yusuf Qaradawi yg mengatakan gelatin babi adalah halal.? Walaupun ramai ulama mengatakan gelatin babi adalah haram kerana penggunaan kaedah istihalah yg Dr. Yusuf Qaradawi gunakan tidak betul.?

Jadi halal JAKIM itu juga adalah subjektif bergantung kepada fatwa ulama mana yg hendak dipakai.

Oleh itu, mungkin saja JAKIM tidaK jujur dlm hal fatwa ini kerana boleh saja dia mengguna pakai fatwa yg menghalalkannya dan mengenepikan fatwa yg mengharamkannya.

Apalagi jika JAKIM ada kepentingan duniawi ataupun ditekan oleh pihak2 yg berkepentingan...

Penentuan halal JAKIM akhirnya menjadi sangat kabur...