Wednesday, March 04, 2009

Rebranding.

Aku akan re-branding blog aku. Sebab, nafsu untuk menulis aku semakin liar dan aku rasa sangat bersemangat semula untuk menulis (menaip).

Aku rasa tak banyak yang aku boleh menipu kau dengan blog yang tak seberapa ni dan penipuan aku lebih menarik dengan blog yang lebih hot. TAPI. Aku takkan menulis kisah hidup aku, kerana itu sangat sick.

Kau boleh menulis kisah hidup kau, aku tak pernah benci kau. Tapi aku tak semestinya suka apa yang kau suka. Aku juga tak suka bercerita, menjerit terlolong hal-hal politik. Kerana berdebat hal politik, aku pernah dilabel Kemalist. Aku bukan kemalist.

Cadangkan aku satu nama domain untuk blog aku.

Now, this is new, this is news.



For the first time, a large Pacific barreleye fish - complete with transparent head - has been caught on film by scientists using remotely operated vehicles at the Monterey Bay Aquarium Research Institute. The deep-sea fish's tubular eyes pivot under a clear dome.

Monday, March 02, 2009

Gagal

Hari ni aku baca dalam The Star, salah satu dari 10 carian tertinggi di google adalah carian dengan menggunakan keyword "google". Aku gagal berfikir, samada aku gagal atau mereka lebih gagal.

Banyak benda di dunia ni yang aku masih belum faham, tetapi, kalau kau menggunakan keyword "google" dan search go website google. Aku gagal, aku menyerah dengan kaedah hidup dan berfikir yang sangat kompleks yang kau pilih.

Aku pasang Google Analytics dekat website aku. Supaya mudah aku analis trafik dan kaedah hidup pilihan pengguna laman web aku.

19.20% pengunjung laman web aku datang dari carian di google. Aku siasat, keywords yang selalu digunakan mereka. Aku rasa sangat gagal apabila keyword yang terahir sekali aku jumpa dalam senarai; "www.mycreativeprint.com"

Kau cari website aku dengan menggunakan url aku? Di google? Sungguh ni?