Bahan-Bahan :
Akses Internet (sebaiknya streamyx)
Printer
Kertas A4
Kemudahan Pengangkutan
TM Point
Pejabat Pos
Duit RM10
Telefon
Cara-Cara:
Menggunakan akses internet, buka laman web TM 1 number. Cari form langganan, print menggunakan Printer dan Kertas A4, isi secukup rasa.
Ketepikan. Siapkan duit RM10, menggunakan kemudahan pengangkutan pi pejabat pos beli stem hasil RM10. Lekatkan pada form tadi.
Masih menggunakan kemudahan pengangkutan yang sama, pi TM Point, submit form yang telah siap diisi tadi.
Balik rumah, menggunakan telefon, telefon TM 100 setiap hari selama dua bulan untuk dapatkan status permohonan anda. Selepas dua bulan, biasanya seorang awek dengan separa kurang ajar akan suruh anda tunggu sampai TM hubungi anda. Abaikan, teruskan telefon untuk 2 bulan seterusnya.
Selamat mencuba! (tunjuk peace, senyum lebar)
Saturday, June 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)