"Nak pi Aloq Setaq ka?", "Dak nak balik Aloq Setaq" aku jawab pelan-pelan, sebab aku paling pantang orang berborak kuat-kuat dalam bas. "Saya nak pi Aloq Setaq jugak, ambik isteri, cuti". Okay, aku faham brader ni bosan, aku layan borak. Aku dan kau faham, brader ni dah dapat maklumat aku akan turun di Alor Setar.
Sebab letih satu hari di Kuantan, dalam bas aku pilih tidur secara tak ingat dunia. Sampai cerah aku buka mata, aku tengok jalan macam pelik. Brader kat sebelah dah hilang. Dalam aku cuba-cuba nak betulkan otak aku, tiba-tiba aku rasa macam terus tadak otak bila ternampak satu kain rentang color biru "Terima Kasih Jerlun - Mukriz".
Aku dah terlajak 10km dari Alor Setar, dalam perjalanan ke Kangar, Perlis. Kenapa brader tadi tak kejutkan aku?
Sampai Kangar, aku buat cool. Aku lepak makan nasi lemak, pastikan semua orang dalam bas tadi dah berambus dari kawasan sekitar. Aku naik bas balik ke Alor Setar.
Aku tak puas hati dan masi terbayang muka brader tu senyum sambil cakap kat aku, "saya nak pi Aloq Setaq juga". Jugak? Pege daaaah "jugak".
Friday, July 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
apekah ini??????
:D
aku hampir ditinggalkan bas semasa bas berenti rehat menuju ke kuantan. mungkin aku tak cukup cun untuk diingati oleh brader yang duduk sebelah aku...elo brader...peggiii dah "jugak"
:D
~yg tak pernah terlajak~
adik aku punya kawan terlajak ke kuala terengganu..patutnya turun kat dungun..(dari perak).tapi aku tak pasti yg dok sebelah die tu brader ke sister..tapi mesti 'jugak' gak kot..tapi menurut cite kawan adik aku,driver die mmg tak benti kat dungun langsung..so..driver yg 'jugak'..piiggiii dahh..
ahaha..aku tk terlajak tp ini mengingatkan masa aku naik keretapi balik kg.Blakang aku ada sepasang pakcik n makcik dlm 50-an umur mereka. Masa tu dh kol 2-3pg kot.aku pun cam mamai je..tetiba aku makcik tu ckp kt pakcik: "Eh bang...Tepeng(Taiping dlm dialect Perak) dah ni!" so aku rasa musti diorg terlajak kot.hehe.
tu la ko sombong sgt tanak borak ngan mamat tu...dah dia tinggal ko...aahahaha..:P
aku pon rasa sbb kau sombong sangat.. brader tuh masa turun kat aloq setaq cenggini dialog die.. "haa.. padan muka hang.. layan lar tidoq sampai bukit kayu itam.. itu la akibat xmo layan aku" kata si brader itew..
Aku pernah terlajak ke SP. nak turun kat Butterworth. ni tertidor punya pasal la ni. sib baik dekat je. kalau tak lepas ke AS la jawabnya.
Post a Comment