Dulu aku ada ramai kawan di USM dan UUM. Mereka rata-rata bukan berasal dari Utara, kerana lokasi mereka di utara mereka cuba cakap utara. BURUK!
Laaa, tu noo? Bughuk laa sungguh noh? Awat tak tau? Ha tu la, betoi la tu oghang kedah memang suka banyak tanya. Dok awat, awat, tak habih-habih. Minggu lepaih aku jumpa Azraie, lama tak jumpak dia. Dok besembang la sampai tengah malam, dia ceghita pasai dia pi Medan (ka acheh tak tau). Dia kata depa la tak teghuk sangat dah, pekan depa pun dah membangun dah. Baguih dah noo?
Lepaih tu dia kata ofis dia nak hantaq dia pi India, sambung belajaq kat sana. Dak aih, tipu! Dia nak pi jual software dia tu la. TAPI. Dia tak mau pi, dia bagi alasan lain. Pandai dia nak pelepaih diri dia.
Ha, puaih hati aku boh entry dalam bahasa Kedah? Mau? Mau lagi?
Tuesday, August 15, 2006
Wednesday, August 09, 2006
Another warghh project.
Aku dapat tahu seorang teman di ittutor.net buat satu blog service seakan blogspot. Namanya myblog.com.my ,menggunakan wordpress dengan theme yang menarik juga. Kini sebuah lagi warghh project boleh ditemui di warghh.myblog.com.my . Bezanya dengan warghh.blogspot? Ianya mungkin akan lebih teknikal (aku benci). Sekarang aku sudah ada 3 warghh project:
nodeface.blogspot.com - Aku berkongsi isu-isu keselamatan (security issues) dalam konteks I.T (kau jangan cari isu keselamatan dalam negeri)
warghh.blogspot.com - Tempat aku merepek. Merepek itu baik sebenarnya, dapat mengaktifkan bahagian otak separa sedar aku.
warghh.myblog.com.my - Lebih teknikal, lebih benci!
p/s: Sengaja aku cari yang bau kuat sikit, supaya hang tak hilang. Kalau hilang senang nak cari, kan?

Tuesday, August 08, 2006
Ultra Hilang
Semalam Pak Lah cakap "depa saja nak peleceh saya", hari ini aku nak cakap "hampa jangan buat leceh noh?".
Minggu lepas aku ke Cherating untuk satu kursus dengan Mindef, Ahad yang lepas aku ke K.L untuk satu misi rahsia. Antara Cherating dan K.L apa yang menarik? Laptop dan handphone aku ditarik. "Apalah malangnya nasib kau ni, suwey semacam je", nak buat macam mana dah bukan rezeki.
Dalam banyak-banyak kejadian dalam hidup ini, aku rasa kehilangan laptop paling menyedihkan. Terasa kosong, remuk-redam, hancur hati aku. Dua, tiga hari aku termenung terkenang laptop yang banyak berjasa. Seminggu kemudian, handphone pulak hilang, taik suci!
Orang cakap ada hikmahnya. Aku dah tau apa hikmahnya, aku akan dapat seketul handphone baru dan mungkin juga seketul laptop baru.

Subscribe to:
Posts (Atom)