Sunday, May 17, 2009

Celcom Customer Service Tak Boleh Kurang Ajar Lagi.

Betul! Celcom Customer Service dah tak kurang ajar lagi, atau sekurang-kurangnya buat masa ni. Kenapa?

Mereka akan kurang ajar bila kita tak nampak dengan siapa kita bercakap, tapi kalau kita boleh nampak muka mereka? Ya! Mulai sekarang aku buat panggil videa ke Celcom Customer Care.

Yang menjawab tu sangatlah bersopan-santun, muka pun senyum. Macam mana? Call ke 1111 macam biasa, tapi kali ni buat video call.

Kalau bernasib baik, ada awek cun. Kalau nasib tak baik, cun jugak, tapi bukan awek.

Saturday, May 02, 2009

Wajib Tonton Minggu Ini

Klasik, wajib tonton minggu ini, The Apartment dan 12 Angry Men.








Thursday, April 30, 2009

Iklan Lagi

Satu lagi iklan baru yang aku suka tengok. Iklan RHB bank, character utama dia cari penjamin, tapi semua orang menyorok. Nasib baik kakak saya besar, bila saya nak cari penjamin dia tak boleh menyorok.

Sunday, April 05, 2009

Omegle, kau perlu bercakap.

Jika kau perlu bercakap, maka kau perlu bercakap! Cakap dengan siapa bukan satu pilihan, kau boleh bercakap dengan siapa saja.

Cuba, www.omegle.com

Kau akan bercakap dengan "stranger", boleh bercakap tentang apa saja. Aku juga berjaya dapatkan domain ingeniousthinking.com

Wednesday, March 04, 2009

Rebranding.

Aku akan re-branding blog aku. Sebab, nafsu untuk menulis aku semakin liar dan aku rasa sangat bersemangat semula untuk menulis (menaip).

Aku rasa tak banyak yang aku boleh menipu kau dengan blog yang tak seberapa ni dan penipuan aku lebih menarik dengan blog yang lebih hot. TAPI. Aku takkan menulis kisah hidup aku, kerana itu sangat sick.

Kau boleh menulis kisah hidup kau, aku tak pernah benci kau. Tapi aku tak semestinya suka apa yang kau suka. Aku juga tak suka bercerita, menjerit terlolong hal-hal politik. Kerana berdebat hal politik, aku pernah dilabel Kemalist. Aku bukan kemalist.

Cadangkan aku satu nama domain untuk blog aku.

Now, this is new, this is news.



For the first time, a large Pacific barreleye fish - complete with transparent head - has been caught on film by scientists using remotely operated vehicles at the Monterey Bay Aquarium Research Institute. The deep-sea fish's tubular eyes pivot under a clear dome.

Monday, March 02, 2009

Gagal

Hari ni aku baca dalam The Star, salah satu dari 10 carian tertinggi di google adalah carian dengan menggunakan keyword "google". Aku gagal berfikir, samada aku gagal atau mereka lebih gagal.

Banyak benda di dunia ni yang aku masih belum faham, tetapi, kalau kau menggunakan keyword "google" dan search go website google. Aku gagal, aku menyerah dengan kaedah hidup dan berfikir yang sangat kompleks yang kau pilih.

Aku pasang Google Analytics dekat website aku. Supaya mudah aku analis trafik dan kaedah hidup pilihan pengguna laman web aku.

19.20% pengunjung laman web aku datang dari carian di google. Aku siasat, keywords yang selalu digunakan mereka. Aku rasa sangat gagal apabila keyword yang terahir sekali aku jumpa dalam senarai; "www.mycreativeprint.com"

Kau cari website aku dengan menggunakan url aku? Di google? Sungguh ni?

Saturday, February 07, 2009

Top 10 TV Commercial

10 tv commercial paling aku suka.

1. Petronas Raya


2. Petronas Merdeka


3. Astro - Stadium Astro


4. LG Cookie


5. Sony Bravia


6. TMNET Streamyx


7. Maybank


8. Digi


9. TV3 Malaysia Idol


10. NTV7